Monday, January 10, 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum....

setiap yang hidup pasti merasai mati...
berusahalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi...
beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari...


ayahanda tercinta kami pergi menghadap Illahi pada pagi Khamis yang lepas jam 4.35a.m...sunggu kami tak sangka langsung...allahyarham langsung tak menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang makin merosot, malah beliau kelihatan sihat...petang sebelum itu, ibu dan kakak saya yang menjaga beliau sempat memberi susu seperti biasa...tapi, hakikat nya kakak dan ibu saya ada perasan memang ada tanda-tanda akhir hayat
tapi beliau kelihatan sihat so, tak mahu berfikiran negatief...tapi, Allah lebih sayangkan beliau...beliau pergi dengan aman tanpa keluarga di sisi...cuma doktor & nurse...mungkin beliau tak mahu kami terlalu bersedih & hilnag semangat....



semasa hayatnya, beliau memang seorang yang sangat tabah & kuat...sakit demam biasa memang tak mahu ke klinik...tapi, kalau ibu & yang lain sakit memang beliau lah yang paling sibuk nak bawak kami ke klinik...itulah beliau yang sangat mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri...baik keluarga mahupun rakan taulan....



pemergian beliau memang sangat-sangat dirasai...beliau pon jatuh sakit secara tiba-tiba...tapi sepanjang 65hari di hospital kami sume paus jaga beliau...memang tak ada rasa kesal...lagipon, kami memang macam dah bersedia untuk perkara macam ni...dari lihat beliau terus terseksa terbaring macam tu...mungkin lebih baik untuk beliau pergi...


ibu adalah orang yang paling merasa kehilangan...meraka sangat rapat...ke mana allahyarham pergi pasti ibu akan di bawa bersama...jaranglah ibu tinggal sorang kat rumah...

alhamdulillah, kami sekeluarga dikurniakan ketabahan yang tinggi...tak ada yang terkejut sampai pengsan @ menangis meraung...kami sume redha dengan dugaan yang di berikan Allah...

bagi diri saya, walaupun saya cuma sempat bersama beliau selama 21tahun tapi saya puas...walau ada rasa terkilan sebab banyak lagi yang saya belum buat untuk beliau, tapi sekurang-kurangnya saya dah lakukan apa yang saya mampu untuk beliau...hingga ke akhir nya, saya ikut bersama van jenazah dari HKL hingga ke rumah kami...at least, itu yang terakhir mampu saya lakukan untuk beliau...

semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan tempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman...aminnn....

Al-Fatihah....

pergimu tiada pengganti.........
Related Posts with Thumbnails